Bahasa Rakyat
Add
Mendaki bukit sungai abu. Tiba di atas terlelap pula; bagaimana hati tak bersaru nampak janda dah elok pula
Terkenang
kepada isteri yang diceraikan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Iba ada (akan) kacang sebuah; tak jadi memengat
Kerana
hiba
yang sedikit
tidak
jadi
mengerjakan
apa
patut.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Merajuk air di ruang hendak karam ditimba juga
Menyesali
perbuatan
anak
sendiri yang tak
baik
akhirnya kita
sanggup
melihat dia
melarat
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Siapa yang mahu mengaku berak di tengah jalan
Apabila
diketahui
perbuatan
buruk yang dilakukan di
dalam
sulit
tiada siapa
mahu
mengaku.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kekuatan ketam kerana sepit; kekuatan burung keranasayap; kekuatan ikan kerana radai
Tiap
orang
ada
keistimewaanya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Harapkan hati hendak memeluk gunung apa akal tangan tak sampai
Kehendak
hati
terlalu
besar
tetapi
tidak
berupaya
hendak
menyampaikannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lupa mengingatkan terlelap menjagakan
Memberi ingat kepada sahabatnya jika
terlupa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai menghela tali dijala rasa tegang dikendurkan rasa kendur ditegangi
Melakukan
pekerjaan
dengan
berhati-hati.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tidak membesarkan air
Hal yang
tidak
penting
atau
bererti
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sukakan kemenyan dibakar
Pengetahuan hendaklah disebarkan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
15
16
17
18
19
[20]
21
22
23
24
[c] 2021 Petak Ajaib PLT