Bahasa Rakyat
Add
Seperti durian dengan mentimun menggolek binasa kena golek pun binasa
Orang
yang lemah akan rugi sendiri jika melawan
atau
menentang
orang
lebih berkuasa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti durian dengan timun menggolek rosak kena golek binasa
Orang
yang lemah
tidak
boleh
melawan
orang
kuat kerana
baik
buruknya
itu
akan
beroleh
binasa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Berapa tajam mata pedang tajam lagi mata pena
Pengaruh
tulisan
lebih
besar
dari
pengaruh
kuasa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ajar itik berenang
Mengajar
orang
yang lebih pandai
daripada
kita.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul
Orang
yang
menasihatkan
orang
lain
supaya
berkelakuan
baik
sedangkan dirinya
tidak
sedemikian.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Telap (terlap) dengan tudung (seperti)
Sesuatu
yang sangat padan
atau
bersetuju.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bergalah ke hilir tertawa buaya bersuluh di bulan terang tertawa harimau
Perbuatan
bodoh
ditertawakan
orang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti penjaja (penjajap) berpaling hendak hilir
Perempuan yang keluar dari rumah dan
berjalan
dengan lakunya
hebat
tampan pada pemandangan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti sumbu pelita; membakar diri menerangi yang lain
Orang
yang
sentiasa
berkorban
untuk kepentingan
orang
lain
walaupun dirinya
susah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sebagai kunyit dengan kapur
Mudah dan lekas
mesra.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
15
16
17
18
19
[20]
21
22
23
24
[c] 2021 Petak Ajaib PLT