Bahasa Rakyat
Add
Air orang disauk ranting orang dipatahkan adat orang dituruti
Patuhi undang-undang ditempat kita berada.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jika terjamah benda bertuan alamat nyawa akan melayang
Kalau
mengganggu
rumah tangga
orang
padah
akibatnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jangan kamu bersahabat dengan seseorang itu hingga kamu ketahui bagaimana ia berlaku dengan sahabat-sahabatnya yang dahulu daripada kamu itu
Jangan
cepat
percaya kepada
orang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Diang berdiang di abu angin
Pertolongan
yang sia-sia
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tak akan rintang rusa oleh tanduknya
Ilmu
tidak
menyusahkan
pemilih.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai menjandang lukah tiga berat tidak seberapa rintanganya yang lebih
Pekerjaan
walaupun
tidak
berat
tetapi sukar untuk melakukannya seberapa hasilnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hitam gagak tiada siapa yang mencelupnya
Orang
yang melakukan
kejahatan
dengan kehendaknya sendiri
atau
kerana
memang
begitu
tabiatnya
bukan
sebab
suruhan
orang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti biawak masakan hilang kesatnya
Orang
yang rendah pekerti bahasanya pun
kasar.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tiada lukah yang keyang oleh air
Orang
tamak
tidak
pernah puas.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jangan disamakan sahaja kepur dengan tepung
Jangan
disamakan
sahaja
sekalian
orang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
13
14
15
16
17
[18]
19
20
21
22
[c] 2021 Petak Ajaib PLT