Bahasa Rakyat
Add
Gajah harimau di hutan hendak diburu; pijat-pijat di bantal tak dapat diapakan
Kejahatan
orang besar
dan lebih kuat
hendak
dipadamkan;
kejahatan
anak buah
sendiri di rumah
tidak
dapat
hukum.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Di mana kayu bengkok di sanalah (hendak) musang meniti
Tempat
yang
tidak
dijaga
baik
disitulah
pencuri
datang;
Siapa
lengah
akan
mendapat
bencana;
Orang
bodoh
mudah
kena
tipu
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti menanti orang dahulu mengejar orang kudian
Mengerjakan
pekerjaan
yang sia-sia tak akan
berhasil.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Keledai hendak dijadikan kuda
Si
bodoh
hendak
disuruh
mengerjakan
pekerjaan
orang
pintar.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sama juga kain basahan sehelai timah sesuku kalau tak timah pergi terasa mendapat
Benda
yang
tidak
berapa
berharga
hanya
dihargai
oleh
orang
benar-benar
memerlukannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pucuk dicita ulaman tiba (mendatang akan datang)
Dapat yang lebih
baik
daripada
diingini.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kerbau tanduk panjang tiada menanduk pun di kata orang menanduk juga
Orang
yang telah biasa
membuat
sesuatu
kejahatan
jika
orang
lain
buat
sekalipun
dia tetap dituduh
juga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bahawa hulubalang yang besar perkasa itu mendahuluilah is menaklukan dadanya
Walaupun
pahlawan
kalau
tidak
dapat menahan
nafsu
dia tetap
seorang
yang lemah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sentosalah ia kelak yang mengambil peringatan bagi dirinya akan kesilapan dan kesusahan taulan-taulannya
Kalau
selalu
waspada
akan selamat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sebagai denak mencari lawan
Berani dan
gagah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
13
14
15
16
17
[18]
19
20
21
22
[c] 2021 Petak Ajaib PLT