Bahasa Rakyat
Add
Sudah tidak tersudu oleh angsa bahari diberikan kepada itik
Barang
yang
tidak
berguna
kepada
orang
kaya
barulah diperoleh
miskin.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagaimana tidak kumbang jinak terbang beredar jika tidak kerana bunga kembang di taman
Lelaki akan berulang
alik
di
tempat
ada
perempuan cantik.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sudah calit jangan palit
Kalau
salah
jangan
kaitkan
orang
lain.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Malang tidak boleh ditolak mujur tidak boleh diraih
Nasib buruk
tidak
dapat ditolak
begitu
juga
nasib baik.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tidak ada guruh bagi orang pekak tidak ada kilat bagi yang buta
Sindiran
terhadap
orang
bodoh
yang
tidak
mengetahui dan
mengerti
sesuatu
terjadi
dikelilingnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jika tiada tersapu arang dimuka baiklah mati daripada hidup
Kalau
tidak
ada
lagi
ikhtiar
untuk
menutup
malu lebih
baik
mati.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai anak ayam yang tiada beribu
Tidak
ada
tempat bergantung.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kerugian bagi seseorang itu kerap kali menjadi keuntungan kepada orang yang lain
Kalau
ada
orang
rugi
lain
yang
untung.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kerana berkehendak yang putih akhirnya yang hitam pun tak dapat diharapkan
Kalau
hendakkan yang lebih
akibatnya
satu
apa
pun tak dapat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Orang pindah-pindahan bertanam tak boleh dimakan (tanaman tak dapat dirasa)
Pekerjaan
yang dilakukan dengan
tidak
bersungguh-sungguh
akan
mendatangkan
kerugian; teguh dan tetap
itu
menambahkan
rugi
[
Malay Civilization
]
peribahasa
12
13
14
15
16
[17]
18
19
20
21
[c] 2021 Petak Ajaib PLT