Bahasa Rakyat
Add
Jangan sangat pilihnya (pemilih) takut kena buku buluh
Kalau
tidak
memandai dengan
sesuatu
perolehan
yang
sepatutnya
kelak
akan
mendapat
dibenci.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagaimana tidak menggigit telunjuk melihat air hujan turun keruh
Hairan
melihat
orang mulia
berkelakuan
jahat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jangan ditentang matahari condong takut mengikut jalan tidak berentas (berintis)
Jangan
terpedaya dengan
sesuatu
yang
indah
sahaja
kerana disebalik
keindahan
itu
ada
bahaya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Belumlah kamu merasa secukup manis kesenangan sehingga terdahulu kamu mengecap pahit kesusahan
Kalau
pernah
susah
baru tahu
erti
sebenar
kesenangan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Nasi tak dingin pinggan tak retak (engkau tak hingin aku tak hendak)
Sama-sama
tidak
suka sama-sama merajuk;
Orang
yang
cermat
dalam
melakukan
sesuatu
pekerjaan
sungguhpun
banyak
kerjanya tetapi jarang rosak.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jangan diajar itik berenang
Sia-sia mengajar
orang
yang telah tahu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti lemukut masuk gantang keluar tidak mengurangi masuk tidak memenuhi
Orang
yang
tidak berharga
dalam
masyarakat
masuk
menguntungkan merugikan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti katak kena sembur
Orang
yang mendiamkan diri
tidak
bercakap
atau
bertanya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Minum serasa duri makan serasa lilin tidur tidak lena mandi tak basah
Orang
yang sangat
bersusah
hati
sehingga
sesuatu
itu
tidak
berasa
enak.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Cakap berlauk-lauk; makan dengan sambal berlada
Berlagak
kaya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
11
12
13
14
15
[16]
17
18
19
20
[c] 2021 Petak Ajaib PLT