Bahasa Rakyat
Add
Bak pinang dianduh putus tali dia berdiri.
Seseorang
yang melakukan perkerjaan kerana dipaksa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kuman di benua China dapat dilihatnya tetapi gajah bertenggek di batang hidungnya tiada ia sedar
Orang
yang suka menegur kesalahan
orang
lain
pada hal dirinya sendiri lebih
besar
tiada dia sedar.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai parang buruk tali sabut tiada tergolok
Orang
yang
tidak berdaya
walaupun diberi kerja ringan
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tidak dibawa orang (sehilir semudik) makan sejambar
Disisihkan dari
pergaulan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Telah dapat gading bertuah terbuang tanduk kerbau mati
Sudah
mendapat
barang
yang baru lama dilupakan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau menyeberang sungai biarlah ditelan oleh buaya tetapi janganlah dipagut oleh ikan kecil
Jika kita tersalah biarlah dihukum
oleh
raja
atau
ditegur
orang
berilmu
jangan
dianiaya kecil-kecil.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai kucing takut akan balur
Lelaki yang
takut
atau
malu-malu
kepada perempuan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tiada bekibar panji-panji sutera yang mulia melainkan berdiri di tiangnya yang hina
Raja
menjadi
besar
dan
mulia
kerana
hormat
rakyat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti buah semelakumbu di makan mati bapa tidak dimakan mati emak
Serba salah
memilih
antara
dua.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Raih pekung di dada
Sengaja mencari malu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
11
12
13
14
15
[16]
17
18
19
20
[c] 2021 Petak Ajaib PLT