Bahasa Rakyat
Add
Adat pasang berturun naik
1.
Ada
masa senang
ada
susah.
2. Semua
perkara
di
dunia
tidaklah tetap.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ayam putih terbang siang hinggap di kayu merasi bertali benang bertambang tulang
Perkara
yang
nyata.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tiada terbuangkan tahi mata dengan empu kaki
Aib sanak-saudara kita tentu terpikul di atas
bahu
juga
takkan
dapat dipikul
oleh
orang
lain.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Salah siasat hulu malang pandai bertenggang hulu baik
Sesuatu
siasatan yang
salah
dijalankan akan menimbulkan
kecelakaan
dan jika pandai
berikhtiar
mendapat
hasil
baik.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hutang jauh diulangi hutan dekat dikendana
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tiada bekibar panji-panji sutera yang mulia melainkan berdiri di tiangnya yang hina
Raja
menjadi
besar
dan
mulia
kerana
hormat
rakyat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sampan ada pengayuh tiada
Hendak
melakukan
sesuatu
tetapi
tidak
cukup
syaratnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jangan disamakan sahaja kepur dengan tepung
Jangan
disamakan
sahaja
sekalian
orang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jangan ditentang matahari condong
Jangan
dinanti dan dicari
kemarahan
orang
besar-besar.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hilang tapak tukul timbul tapak canai
Perbuatan
orang
dahulu
sama
ada
yang
baik
atau
jahat
telah
hilang timbul
pula
perbuatan
kemudian. ;
Hilang
kesalahan
nampak
[
Malay Civilization
]
peribahasa
9
10
11
12
13
[14]
15
16
17
18
[c] 2021 Petak Ajaib PLT