Bahasa Rakyat
Add
Silang selisih (sengketa)
Bermacam-macam
perselisihan. ;
Pertengkaran.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Takutkan hantu pergi ke pendam (perkuburan)
Takut
rugi
atau
susah
sedikit jadi
banyak.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Benci akan mencit seekor rengkiang disiar
Kerana
takut
bahaya
yang
kecil
dibuang keuntungan
besar.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Meraih pekung ke dada
Orang
yang sengaja mencari malu
atau
bencana
dirinya sendiri kerana tamaknya pada
suatu
perolehan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Air dalam berenang (berkumbah) air tohor (dangkal) bercebok
Perbelanjaan
mestilah mengikut
kemampuan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Digenggam (takut) mati dilepaskan takut terbang
Sangat
sayangkan
sesuatu
tetapi
takut
untuk menyimpannya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tersesak ladang ke tebeng
Kesusahan
yang
tidak
dapat dielakkan lagi kerana sudah
habis
daya
upaya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Umpama kasihkan bunga seceper terbuang bunga sekaki
Kerana
kasihan
kepada
orang banyak
disia-siakan kaum yang
seorang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti menyurat di atas air
Melakukan
sesuatu
yang
mustahil.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai melepaskan anjing tersepit
Menolong
orang
yang akan
menyusahkan
kita.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
9
10
11
12
13
[14]
15
16
17
18
[c] 2021 Petak Ajaib PLT