Bahasa Rakyat
Add
Bagai nangka masak gugur
Bunyi
orang
gemuk
yang
jatuh.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Retak kayu boleh disimpai retak pinggan susah hilangnya
Konflik
kecil
boleh
didamaikan tetapi
konflik
besar
yang
mendalam
sukar dilupakan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai anjing beroleh bangkai
Orang
lelaki yang angkuh
bila
berhadapan
dengan perempuan sundal;
jahat
bermegah
mendapat
kesenangan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai tangguk lerak dengan bingkainya
Suami
isteri yang
kekal
hingga
mati.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Di tempat tiada lang kata belalang akulah lang
Menunjukkan keadaan yang lemah;
Si
bodoh
mengaku
pandai di
tempat
orang
tidak
mengetahui
apa-apa
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Gendang kembali
Gendang
menandakan
raja
balik.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lalat pun belum terbang (bangun)
Masih pagi
benar.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Disangka cili padi tidak pedas
Menyangkakan
orang kecil
tidak
membahayakan
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lalat belum bangun (terbang)
Masih pagi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Barang tergenggam jatuh terlepas
Apa-apa
yang
ada
di tangan
hilang
begitu
sahaja.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
8
9
10
11
12
[13]
14
15
16
17
[c] 2021 Petak Ajaib PLT