Bahasa Rakyat
Add
Seperti penyapu (bersimpai) diikat dengan benang sutera
Kuli
memakai seperti
orang
kaya.
;
Tidak
manis yang
tidak
berbangsa
itu
dinaikkan kepada
martabat
tinggi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pucuk dengan pelepah
Dua
benda
yang sama asalnya tetapi
satu
lebih digemari kerana kelebihannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti orang pemakan candu dengan candu sampai mati
Perbuatan
yang biasa
itu
jarang
boleh
ditinggalkan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Salah siasat hulu malang pandai bertenggang hulu baik
Sesuatu
siasatan yang
salah
dijalankan akan menimbulkan
kecelakaan
dan jika pandai
berikhtiar
mendapat
hasil
baik.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Padang orang berlari padang sendiri berjingkit
Suka menerima
tidak
suka memberi
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti bangau kasihkan kerbau
Bersahabat
semata-mata
hendak
mendapat
keuntungan
daripada
sahabatnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Berinduk semang kepada janda bagai berdokoh tali anjing
Orang
yang masih berbaik dengan isteri tetapi
masyarakat
memandang serong;
membuat
perhubungan
jandanya ialah
suatu
perbuatan
dicerca
oleh
orang ramai
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sungguhpun diuja dipegang ekor
Walaupun diberi
kebebasan
tetapi
ada
hadnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lintang kedak
Membuat
sesuatu
yang
tidak
teratur
buat
ambil
nama
sahaja.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti api dengan rabuk
Lelaki dengan perempuan
tidak
boleh
dibiarkan bergaul
bebas;
Dua
orang
yang sama
berkehendakkan
perkara
sulit
cuma
menantikan
peluang
baik
untuk memulakannya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
7
8
9
10
11
[12]
13
14
15
16
[c] 2021 Petak Ajaib PLT