Bahasa Rakyat
Add
Tiap-tiap guli mesti bulat tetapi tidak tiap-tiap yang bulat mesti guli
Tiap-tiap
hukum
dapat
dipakai
untuk
menghukumkan
hal yang
lain.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Baik menjadi ayam betina supaya selamat
Tidak
usah menunjukkan
keberanian
jika
mendatangkan
mudarat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jika hulunya keruh hilirnya pun keruh juga
Jika bakanya
tidak
baik
keturunannya pun
juga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Di mana padi masak di situlah tekukur jinak
Bertandang
dan
makan
ke
rumah
orang;
Orang
yang
mengaku
sahabat
pada masa kita
kaya
tujuannya hanyalah semata-mata untuk
menumpang
sahaja
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai puyuh laga
Orang
yang
bertengkar
tidak
berhenti-henti.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Berapakah tajam pisau parang tajamlah lagi mulut manusia
Kesan
kata-kata lebih
menyakitkan
daripada
senjata.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lada api (pidir)
Sungguhpun
tubuhnya
kecil
tetapi berani.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Telah kesingok makan api
Perselisihan yang sangat
mendalam.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Utang tiap helai bulu
Menyatakan
hutang
yang sangat
banyak
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Dari semak ke belukar
Meninggalkan
sesuatu
yang buruk
mendapat
pula
[
Malay Civilization
]
peribahasa
7
8
9
10
11
[12]
13
14
15
16
[c] 2021 Petak Ajaib PLT