Bahasa Rakyat
Add
Kundur tidak menjalar ke hulu labu tak menjalar ke hilir
Jika kita
tidak
berdamping dengan
orang
maka pun demikian
juga
kita.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pandai menyisihkan antah daripada beras
Pandai
membezakan
yang
baik
dan buruk.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Apa payahnya menawakkan bibir atas bawah
1. Mudah menyebut tetapi sukar
menjalankan;
2.
berjanji
tidak
ditepati.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai mencari kutu di dalam ijuk
Susah
hendak
bertemu dengan
orang
yang
tidak
tetap
tempat
duduknya; Masalah
susah
difikirkan; Kerja sia-sia.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Cintakan geliga di mulut naga
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ke laut meracik ikan tersenyum siput; ke hutan memancing punai tertawa badak
Tiap-tiap
perbuatan
itu
biar tentu dengan aturannya jika
tidak
menjadi
sia-sia
sahaja
bahkan
tertawa
orang
kelak.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Air susu dibalas dengan air tuba
Budi dibalas
jahat..
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai telinjuk mencucuk mata
Berharapkan
orang
yang kita percayai tetapi dia
membinasakan
kita.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti membuka pekung di dada
Orang
yang
menceritakan
keburukan
keluarganya
atau
saudara
maranya akhirnya dia sendiri
mendapat malu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Takkan buaya menolak bangkai
Lelaki
jahat
tidak
menolak perempuan
jahat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
7
8
9
10
11
[12]
13
14
15
16
[c] 2021 Petak Ajaib PLT