Bahasa Rakyat
Add
Hendak singa di tengah padang lagi daripada ular dalam rumput
Lebih
baik
berhadap dengan
seteru
besar
di tengah terang
daripada
kecil
tetapi bersembunyi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jangan dikejar gunung balam hilang kabus tampaklah ia
Jangan
terburu-buru
mengejar
apa
yang
pasti
dapat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tidak nampak batang hidung (muka)
Bahagian
depan
sesuatu
benda.
;
Tidak
kelihatan langsung rupa
seseorang
kerana
tidak
hadir.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lagi teduh lagi berkajang lagi terang lagi bersuluh
Memilih yang
sebaik-baiknya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sudah mulai berat
Hujan
akan turun.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tiada patah yang tidak timpang (tempang)
Tiap-tiap
keburukan
akan meninggalkan bekas yang
tidak
baik.
; Walaupun telah
berdamai
tetapi masih
belum
baik
juga
pada batinnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hutang biduk belum langsai; hutang pengayuh tiba pula
Hutang
lama
belum
dibayar
hutan
baru sudah ditagih.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jika tidak berada-ada masakan tempua bersarang rendah
Tentu
ada
sebabnya jika
terjadi
sedemikian.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Belum lepas tali uri sudah hendak bangkit berlari.
Masih muda
tetapi
berlagak
dewasa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai menjandang lukah tiga berat tidak seberapa rintanganya yang lebih
Pekerjaan
walaupun
tidak
berat
tetapi sukar untuk melakukannya seberapa hasilnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
6
7
8
9
10
[11]
12
13
14
15
[c] 2021 Petak Ajaib PLT