Bahasa Rakyat
Add
Seperti membandarkan air ke bukit
Melakukan
sesuatu
yang
mustahil.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kata raja melimpahkan kata penghulu menyelesaikan kata banyak kata bergalau
Raja tak
boleh
memutuskan sendiri penghulu
harus
menyelesaikan
perkara
dan
orang ramai
menyatukan
pendapat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Mencarikan perut tak berisi mencarikan kepala tak bertutup
Pergi
berdagang
ke
negeri
lain
untuk mencari
penghidupan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Siapa menggali dialah terperosok
Siapa yang mencari kesalahan
orang
lain
dialah akan
mendapat malu
terlebih
dahulu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jauhkan bencana
Minta
dihindari
kemalangan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Retak tanda (menanti mencari) akan pecah (belah)
Menanti
masa
membalas dendam;
Suatu
perselisihan yang
mungkin
menimbulkan
perkelahian
atau
memutuskan
persahabatan;
Orang
tersangat
sakit.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai unta menyerah(kan) diri
Orang
yang lurus
menjadi
mangsa
orang
pintar;
Patut
perintah; sangat
patuh
menurut
perintah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Salah makan memuntahkan (salah tarik mengembalikan salah langkah surut kembali)
Jika
salah
melakukan
sesuatu
hendaklah diperbaiki.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti harapkan si untut menggamit kain koyak pun diupahkan
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Menggadai terdorong ke pajak sehari sebulan sama sahaja
Sama
ada
salah
kecil
atau
besar
kesannya serupa
sahaja.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
1
[2]
3
4
5
6
[c] 2021 Petak Ajaib PLT