Bahasa Rakyat
Add
Sembahyang mencari akal rukuk mencari kira-kira
Tentang
orang
yang rupanya
soleh
tetapi hatinya
jahat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Menggadai terdorong ke pajak sehari sebulan sama sahaja
Sama
ada
salah
kecil
atau
besar
kesannya serupa
sahaja.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Mengadai terdorong ke pajak sehari sebulan juga
Sesuatu
perbuatan
yang terlanjur walaupun
kecil
akibatnya
sama dengan
besar.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Rentak menanti (mencari) belah
Suatu
perselisihan yang
mungkin
menimbulkan
perkelahian
atau
memutuskan
persahabatan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sementara menunggu (menanti) padi masak berjagung-jagung dahulu
Sementara menunggu
untung besar
eloklah
buat
pekerjaan
yang
kecil-kecilan
dahulu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti mencari kutu dalam ijuk
Melakukan
sesuatu
yang
mustahil.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Umpama pisau di tangan kanan mentimun di tangan kiri
Orang
yang berkuasa
itu
dapat melakukan
apa sahaja
ke atas
orang
dikuasainya mengikut
sesuka
hati.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai mencari belalang atas akar
Kerja yang
susah
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Siapa menggali dialah terperosok
Siapa yang mencari kesalahan
orang
lain
dialah akan
mendapat malu
terlebih
dahulu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ketam menyuruhkan anaknya berjalan betul
Tidak
ada
gunanya
menasihatkan
orang
supaya
berkelakuan
baik
jika diri sendiri
jahat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
[1]
2
3
4
5
[c] 2021 Petak Ajaib PLT