Bahasa Rakyat
Add
Kemudi di haluan bergilir ke rusuk
Lelaki yang
patuh
kata isteri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Upah lalu bandar tak masuk
Rugi
sahaja.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ke atas tidak berpucuk ke bawah tidak berurat di tengah-tengah digerek kumbang
Sumpah jika
seseorang
bersalah biarlah dia dan kaumnya binasa semuanya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Adakah hilang bisa ular menyusur di bawah akar
Tidak
jatuh
martabat
orang
yang mulia
jika merendahkan diri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Geneng di tengah lebuh; tahan galah bersikingkat; geneng di tengah medan; tahan taruh di ayam kuyu
Kalau
hendak
menunjukkan kelebihan; mestilah
sanggup
mengeluarkan belanja untuk menjamu
atau
menolong
orang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Simpan beras di dalam padi
Simpanlah rahsia dengan
baik.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Mandi diolak-olak (hilir-hilir) bercakap di bawah-bawah
Jangan
sombong
bercakap
dengan
lemah lembut
dan
merendah diri
kerana lebih selamat;
Sentiasa
bila
berhadapan
khalayak ramai
atau
orang-orang yang
patut
kita hormati.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ayam mati di dalam lombong
1.
Orang
yang
bersuamikan
atau
beristerikan
orang
kaya
tetapi
melarat
hidupnya. 2.
susah
di
negeri
kaya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pucuk di atas enau
Angkuh dan memandang rendah kepada
orang
lain.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Masuk tak genap keluar tak ganjil
Orang
yang
tidak
berguna
bagi
pergaulan
bersama.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
[1]
2
3
4
5
[c] 2021 Petak Ajaib PLT