Bahasa Rakyat
Add
Gadai terdorong ke (pada) Cina
Pekerjaan
yang terlanjur
tidak
dapat ditarik kembali; Keuntungan
jatuh ke tangan
orang
lain
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sorong sentap rupa udang di dalam buluh
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti buah kedempung; di luar berisi di dalam kosong
Orang
bongkak.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Laksana buah kedempung di luar berisi di dalam kosong
Orang
yang
tidak
berpengetahuan
hanya
membesar-besarkan
cakap
sahaja.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ayam bertelur di atas padi mati kelaparan
1.
Orang
yang
bersuamikan
atau
beristerikan
orang
kaya
tetapi
melarat
hidupnya. 2.
susah
di
negeri
kaya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti embacang buruk kulit di luar buruk di dalam manis
Orang
yang kaku bergaul tetapi hatinya tulus
ikhlas.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Antak anti lala belilah bagai cacing kepanasan bagai rumput di tengah jalan bagai sumbu di pintu kandang
Menderita
akibat sakit
atau
papa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai tabut keling di luar kilat di dalam berongga
Orang
yang kelihatan
baik
pada zahirnya tetapi
dalam
hatinya
jahat
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kura-kura di kaki ditinggalkan burung terbang dikejar (penyu di pantai dikejar)
Yang
dekat
dan tentu dapat ditinggalkan; yang
jauh
serta payah mendapatnya dikejar.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Raih pekung di dada
Sengaja mencari malu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
[1]
2
3
4
5
[c] 2021 Petak Ajaib PLT