Bahasa Rakyat
Add
Tak berudang di balik batu
Sombong
dan angkuh
tidak
ada
orang
lagi seperti dia.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sejernih-jernih air kalau melalui pembuluh yang kotor tentu kotor juga
Rezeki
yang dicari dengan
cara
salah
tetap
haram.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti buah kedempung; di luar berisi di dalam kosong
Orang
bongkak.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Terpijak di tanah kapur putih tapak terpijak di tanah orang hitam tapak
Jika
berbuat jahat
jahatlah balasannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seekor kuman di benua China nampak tetapi gajah bertenggek di batang hidung tidak sedar
Orang
yang suka menegur kesalahan
orang
lain
tetapi
ada
lebih
besar
daripada
itu
tidak
disedarinya. ;
Cela
nampak
cela
sendiri tahu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Laksana cempedak mambung pulur saja jual tak laku
Perempuan
gemuk
yang
tidak
disukai
orang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti kain dalam acar (kutib cuci dia nak ke longkang juga)
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sepuluh batang bertindih di bawah juga terhimpit
Walaupun
banyak
dibantu
tuan rumah
kenduri
juga
yang rugi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kura-kura di kaki ditinggalkan burung terbang dikejar (penyu di pantai dikejar)
Yang
dekat
dan tentu dapat ditinggalkan; yang
jauh
serta payah mendapatnya dikejar.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lenggang bagai sirih jatuh tak tahu tampuk laju
Orang
yang
berjalan
melonjak-lonjak kerana suka
atau
sombongnya
tidak
tahu
kekurangan
diri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
5
6
7
8
9
[10]
11
12
13
14
[c] 2021 Petak Ajaib PLT