Bahasa Rakyat
Add
Kambing randuk menjadi kambing hitam
Orang
yang dipersalahkan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tanduk tak terpulas telinga dipulas
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Apung di tengah lautan; dipukul ombak sekejap ke tengah sekejap ke tepi
Orang dagang
yang
hidup
melarat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Air besar sampan tak hanyut
Apa
yang diharap
tidak
berlaku.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Duduk meraut ranjau tegak meninjau jarah
Sentiasa
ingat setiap
sesuatu
pekerjaan
itu
mendatangkan
faedah
kepada diri dan
berhati-hati
jika
ada
yang memberi
kecelakaan
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Umpama kayu lempung; belum ditolak sendiri condong
Orang
bodoh
dan
penakut
serta lemah
itu
diugut
digertak
orang
sahaja.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai kayu lempung ditebuk kumbang tembus-menembus
Orang
lemah mudah dianiayai
oleh
orang
yang kuat
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Gaduh bagai keling karam
Perempuan yang
tidak
pandai menyimpan diri dan suaranya
atau
malu. ;
Orang
becok
mulutnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lambai (lampai) bagai pimping di lereng lemah bagai lenggundi muda
Keindahan
bentuk
tubuh wanita.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Rentak sedegam langkah sepijak
Peri
orang
negeri
yang semuaafakat akan melakukan
sesuatu
pekerjaan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
5
6
7
8
9
[10]
11
12
13
14
[c] 2021 Petak Ajaib PLT