Bahasa Rakyat
Add
Laksana sebuku gaharu sukat dibakar makin berbau
Menunjukkan
kehebatan
hanya
bila
perlu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bak rasa di liang lahat
Orang
yang terlalu
susah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Di tempoh nyamuk terbalik ditindih lalat tidak dapat bangkit
Menunjukkan keadaan yang terlalu lemah
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Cincin sebentuk cincin tanya; Esa sekata berkelaluan; tidak Esa sekata berkembalian
Digunakan
dalam
upacara merisik
anak gadis;
jika bersetuju diadakan majlis
pertunangan;
tidak
dikembalikan
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Mudah bengkok bagai parang timah
Orang
yang
sensitif;
mudah merajuk.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kera di beri (dapat) bunga
Sia-sia memberi
sesuatu
benda
kepada
orang
yang
tidak
tahu menggunakannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hilang bisa dibuat biasa
Pekerjaan
yang
susah
akan
menjadi
senang jika kita selalu membuatnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Batang jangan dibongkar-bongkar takut cacing di bawahnya berlingkar-lingkar lain rotan lain akarnya walaupun sama boleh dibuat lekar
Nasib
manusia serupa
sahaja
cuma
berlainan darjat
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai si buta (jolong nyalang) baharu celik (melek)
Sombong
kerana baru
kaya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kecil api menjadi kawan besar dia menjadi lawan
Orang
jahat
jangan
dibuat
kawan;
Kejahatan
yang sedikit dibiarkan hendaklah
segera
dipadamkan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
5
6
7
8
9
[10]
11
12
13
14
[c] 2021 Petak Ajaib PLT