Bahasa Rakyat
Add
Serah diri (kalah)
Mengaku kalah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Masak malam mentah pagi (siang)
Perkara
yang telah ditentukan tetapi
kemudian
berubah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Mulut tempayan bagaimana menjahitnya
Tidak
dapat melarang
orang
dari
mengatai
kita (jika
berbuat jahat).
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau bapaknya bergendang masakan anaknya tak menari
Kalau
bapanya
tidak
meyebarkan tentang ilmunya tentu anaknya akan
menyombongkan
ilmu
itu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hitam gagak tiada siapa yang mencelupnya
Orang
yang melakukan
kejahatan
dengan kehendaknya sendiri
atau
kerana
memang
begitu
tabiatnya
bukan
sebab
suruhan
orang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sebelum tercapai pantang surut
Tidak
mahu
undur
selagi maksud
belum
tercapai.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai api dalam (makan) sekam
Hal
orang
yang menyembunyikan perasaan dan niatnya
daripada
diketahui
oleh
lain.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya
Kalau
hendak
mengajar
anak
hendaklah
daripada
kecil
lagi kerana
apabila
besar
hatinya
keras
dan sukar diajar.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Laksana kijang ditambat dengan rantai emas sekalipun jika terlepas ke hutan juga perginya
Orang
yang telah ditawan musuh walau
bagaimana
baik
sekalipun
layanan
diberi jika terlepas dia akan
pulang
juga
ke
negeri
asalnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kacang tak akan lupa akan lanjarannya/junjungannya
Orang
yang lupakan
orang
telah
berbudi
kepadanya;
asal
keturunannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
4
5
6
7
8
[9]
10
11
12
13
[c] 2021 Petak Ajaib PLT