Bahasa Rakyat
Add
Jika asal benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau
Kalau
baik
ke
mana pergi tetap
baik.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau kucing keluar tanduk barulah ayam (boleh) bersusu
Mustahil;
Satu
perkara
yang tak
mungkin
terjadi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Si bongsu tak beradik lagi
Yang
penghabisan sekali.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ekor anjing; beberapa pun diurut akan dia; tidak juga betul
Terlalu
susah
hendak
mengubah
tabiat
seseorang;
Orang
yang
memang
jahat;
jika seberapa pun diajar
baik;
tetap
jahat
juga
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Nak mara bedil dah bertenuk nak undur gelar dah besar
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Beralih kain di balik rumah beralih cakap di balik lidah
Mengubah
janji
lebih senang
daripada
mengubah
ikatan kain di
pinggang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sudah kecurian baru berkunci pintu
Susah
susah
baru beringat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ayam hutan itu jika di beri makan dipinggan emas sekalipun ke hutan jua perginya
Orang dagang
walau
beroleh
kesenangan
di rantau
tempat
asalnya tetap diingat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tak ada meriam baik diam; tak ada lela baik merela
Jika
tidak
lagi berupaya melawan baiklah menyerah
sahaja
biar selamat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai ayam bertelur di padi
Hidup senang
dan
mewah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
3
4
5
6
7
[8]
9
10
11
12
[c] 2021 Petak Ajaib PLT