Bahasa Rakyat
Add
Bagai anjing beranak enam
Sangat kurus.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sehabis hujan akan panas jua
Penderitaan
tidak
kekal
selamanya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Putih tulang di kandung tanah budi (yang) baik terkenang juga
Budi
bahasa
tetap diingat
orang
walaupun sudah mati.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hilang kilat dalam kilau
Kepandaian
kebesaran
tidak
kelihatan lagi sesudah
bercampur
dengan
orang
pandai-pandai.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai langau di buntut gajah
Orang
yang suka
bermanja;
mengekori
orang
lain.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau getah meleleh kalau daun melayang
Lebih sayang pada
anak
sendiri dari
saudara.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Gagak pulang ke benua
Walaupun sudah lama merantau;
namun
kedaan hidupnya
tidak
berubah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ayam beroga itu jika di pinggan emas sekalipun diberi makan ke hutan juga perginya
Orang dagang
walau
beroleh
kesenangan
di rantau
tempat
asalnya tetap diingat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai langau di ekor gajah
Orang
yang
menurut
sahaja
kemahuan
orang
lain.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau asal benih yang baik jatuh ke laut menjadi pula
Orang bangsawan
kalau
berdagang
ke
mana
sekalipun
nescaya
akan dimuliakan
orang
juga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
2
3
4
5
6
[7]
8
9
10
11
[c] 2021 Petak Ajaib PLT