Bahasa Rakyat
Add
Kura-kura di kaki ditinggalkan burung terbang dikejar (penyu di pantai dikejar)
Yang
dekat
dan tentu dapat ditinggalkan; yang
jauh
serta payah mendapatnya dikejar.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tak gerun beliung memandang kempas tersergam tinggi
Biar
kecil
kalau
pandai
tidak
takut
dengan musuh
besar.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Berlindung di balik telunjuk; Berlindung di balik lalang sehelai
Hendak
menyembunyikan
sesuatu
yang sedia diketahui
orang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Mulut disuap pisang pantat dijangkit duri (buntut dikait onak)
Pujuk
berisi
tipu
muslihat di dalamnya;
Bermulut
manis
hadapan
tetapi belakang diumpat
atau
buat
perkerjaan yang
mendatangkan
bahaya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Beralih kain di balik rumah beralih cakap di balik lidah
Mengubah
janji
lebih senang
daripada
mengubah
ikatan kain di
pinggang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau tak pandai menggelamai bercirit kambinglah kelak; kelak dikunyah patah gigi ditelan sembelit
Tidak
dapat
membuat
kerja jika
tidak
berkemahiran.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tiada angin bertiup masakan daun kayu bergerak?
1. Setiap
kejadian
ada
puncanya. 2. Jika
tidak
benar
berlakunya
sesuatu
orang
lain
akan memperkatakannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lekuk batu (yang keras) dititik air selalu
Pekerjaan
berat
akan jadi sempurna jika membuatnya diansur-ansur dengan
sabar;
Sejahat-jahat
orang
sentiasa
dinasihati dan diajar
lambat laun
menjadi
baik
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sir bagai berpuntung siuluh
Kalau
menuduh hendaklah
ada bukti.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tak kering gusi
Sentiasa
ketawa.
;
Tidak
putus-putus
ketawa
kerana
sesuatu
yang
lucu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
2
3
4
5
6
[7]
8
9
10
11
[c] 2021 Petak Ajaib PLT