Bahasa Rakyat
Add
Setajam-tajam pedang tumpul dijilat lidah
Peperangan
dapat dicegah
atau
diberhentikan
melalui
perundingan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sudah biasa dilamun-lamun ombak
Sudah biasa
susah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Laksana batik lasam (makin dibasuh makin berbau)
Makin
lama digunakan
makin
baik.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Nyiur setandan tak sama buahnya
Walau
anak-anak
berasal
dari
ibu
yang sama tetapi
nasib
mereka
tidak
sama.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Karam di laut boleh ditimba karam di hati (sedih sekali) bilakan sudah
Kesedihan
orang
yang
dalam
kesusahan
kerana
kematian
kekasih
lebih
daripada
kesedihan
kehilangan
harta.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pucuk dan umbut tiada laut baru dibaham
Sesuatu
yang
kurang
berguna
bila
tiada
lain
baru digunakan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sebusuk-busuk lauk kalau dibasuh enak juga
Sebesar-besar
perkara
atau
perselisihan
kalau
diusul
periksa
dan diperdamaikan akan selesai
baik
juga
kesudahannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sudah kering terjemur pula; sudah garing kena ramas pula
Sudah
susah
bertambah
susah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Air laut hijau siapakah celup; duri di hutan siapakah pertajam?
Kekayaan
tidak
perlu diheboh-hebohkan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hitam tahan tempa putih tahan sesah
Orang
yang berani dan
keras
tidak
mundur
melakukan maksudnya sehingga
berhasil.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
2
3
4
5
6
[7]
8
9
10
11
[c] 2021 Petak Ajaib PLT