Bahasa Rakyat
Add
Tolong anjing tersepit
Menolong
orang
yang
tidak
tahu
membalas budi
malahan
kadng-kadang dibalasnya dengan
jahat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ayam bertelur di atas padi
Hidup mewah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lidah berputar balik
Munafik.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Datar bak lantai papan licin bak dinding cermin
Sesuatu
hukuman
yang adil
atau
fikiran
(pertimbangan)
baik
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ayam bertelur di atas padi mati kelaparan
1.
Orang
yang
bersuamikan
atau
beristerikan
orang
kaya
tetapi
melarat
hidupnya. 2.
susah
di
negeri
kaya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti alu menyungkil duri makin dicungkil makin sakit
Sesuatu
usaha
untuk
memperbaiki
sesuatu
yang rosak kerana
tidak
mahir kerosakan
itu
bukan
jadi
baik
melainkan semakin rosak.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lembah diraih pantai dititi
Bijaksana
melakukan perintah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti pepatung menjilat air
Datang
dan pergi lagi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ke laut meracik ikan tersenyum siput; ke hutan memancing punai tertawa badak
Tiap-tiap
perbuatan
itu
biar tentu dengan aturannya jika
tidak
menjadi
sia-sia
sahaja
bahkan
tertawa
orang
kelak.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Muncung seperti ekor tajam
Tidak
mahu
diam selalu
hendak
berkata-kata.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
1
2
3
4
5
[6]
7
8
9
10
[c] 2021 Petak Ajaib PLT