Bahasa Rakyat
Add
Menumbuk di (ke) lesung bertanak di periuk
Membuat
sesuatu
biarlah
menurut
aturannya; Adat yang
tidak
tetap selalu
berubah
begitu
jadinya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Memikul di bahu menjunjung di kepala
Mengerjakan
sesuatu
pekerjaan
menurut
aturannya supaya selamat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Mengendap di balik lalang sehelai
Menyembunyikan
atau
merahsiakan
sesuatunya tetapi kelihatan ketahuan
juga
dengan mudah
oleh
orang banyak.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai unta menyerah(kan) diri
Orang
yang lurus
menjadi
mangsa
orang
pintar;
Patut
perintah; sangat
patuh
menurut
perintah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Menerka ayam di dalam telur (menamai anak dalam kandungan)
Memastikan
sesuatu
yang
mustahil
dapat ditentukan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Laksana nyiur mumbang di buat encok (pincuk pencuk) hendak menghilangkan kelat
Orang bangsawan
sahajalah yang tahu
mengatur
kedudukan
orang
besar-besar di
dalam
suatu
majlis.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tingakalak menghadap mudik lukah menghadap hilir
Adat yang
tidak
tetap selalu
berubah
begitu
jadinya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tingakalak menghadap mudik lukah menghadap hilir
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Mengatakan diri bagai pisang lebat
Orang
yang
mendapat
bencana
kerana
hendak
kemegahan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Mengenalkan diri bagai pisang lebat
Orang
yang
mendapat
susah
kerana megahkan dirinya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
1
2
3
4
5
[6]
7
8
9
10
[c] 2021 Petak Ajaib PLT