Bahasa Rakyat
Add
Yang berpuru selalu hendak menggaruk
Orang
yang bersalah tak pernah
tenang
hatinya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lang menerpa (menerap) buaya
Berlaku
kasar
kepada gadis.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sampah jangan ditendang sepak
Orang
yang
hina
dan
miskin
jika selalu disakiti
nescaya
akan melawan
juga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sedepa tanduk yang datang sejengkal tanduk yang menanti payah juga yang datang
Orang
yang
datang
berdagang
ke
sesebuah
negeri
sekalipun
dia pandai dan berani tentu akan
kurang
juga
keberaniannya
itu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seludang menolak mayang
Megah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Berludah di langit menimpa hidung sendiri
Memberitahu tentang
keburukan
diri dan keluarga akhirnya sendiri yang
mendapat malu;
Melawan
orang
lebih berkuasa
daripada
kita
juga
susah
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti mengilang manau
Sangat
susah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lintang kedak
Membuat
sesuatu
yang
tidak
teratur
buat
ambil
nama
sahaja.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tonggang hilang berani mati
Sikap
gagah
berani dan
tidak
gentar
menjalankan kewajipan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian
Biar
susah
dahulu
asalkan senang
kemudian.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
1
2
3
4
5
[6]
7
8
9
10
[c] 2021 Petak Ajaib PLT