Bahasa Rakyat
Add
Kayu reba jangan direrak anak tedung berlancangan
Jangan
sengaja
cari susah
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kita baharu mencapai pengayuh orang sudah tiba ke seberang
Orang
yang pandai menangkap maksud
perkataan
seseorang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pucuk dicita ulam (pun tiba) mendatang (akan datang)
Orang
yang
mendapat
sesuatu
perkara
lebih dari
apa
diharap-harapkan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pengayuh sayang dibasahkan sampan tak akan sampai ke seberang
Jika segan
membuat
sesuatu
pekerjaan
yang
wajib
maka
tidak
akan memperolehi
hasil.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jangan dilepaskan tangan kanan sebelum tangan kiri berpegang
Jangan
dibuang kerja yang
ada
sebelum
dapat baru.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Baharu bertatih hendak berlari langsung tersembam
Membuat
pekerjaan
lebih
daripada
yang
terdaya
dirinya
juga
susah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Salah siasat hulu malang pandai bertenggang hulu baik
Sesuatu
siasatan yang
salah
dijalankan akan menimbulkan
kecelakaan
dan jika pandai
berikhtiar
mendapat
hasil
baik.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Arang habis besi binasa; tukang hembus penat sahaja
Pekerjaan
yang
tidak
mendatangkan
hasil.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Takkan dua kali orang tua kehilangan tongkat
Sebodoh-bodoh
orang
apabila
terkena
sekali
tidak
mahu
lagi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tak bertepat janji tak berteban taruh tak tertangkap mengamang-ngamanglah (alah) di darat sahaja
Peperangan
atau
perkelahian
yang
tidak
mempunyai
tipu
daya akan kalah percuma
sahaja.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
1
2
3
4
5
[6]
7
8
9
10
[c] 2021 Petak Ajaib PLT