Bahasa Rakyat
Add
Kelam disigi lekung ditinjau
Sesuatu
hal yang
kurang
terang hendaklah diselidiki dan diperiksa saksama.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kelok paku asam belimbing anak dipangku kemenakan dibimbing
Anak
dan
anak
saudara
sama-sama
dijaga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti baung di bawah bangkar
Sungutan
yang didengar dari
orang
tidak
diketahui.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hingar-bingar bagai katak diharung ular
Perempuan yang
tidak
pandai menyimpan diri dan suaranya
atau
malu. ;
Orang
becok
mulutnya.
Seseorang
berada
dalam
kesusahan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai kilat senja bagai petir tunggal
Menunjukkan kepantasan
seorang
pahlawan
atau
orang
yang berani dan
bertempik
kuat
dalam
sesuatu
peperangan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pasang jerat sembilan mata pelanduk terjerat terkial-kial mata satu (pisau) penyudahnya
Muafakat beramai-ramai kerana
mengerjakan
suatu
pekerjaan
yang
berat
supaya
menjadi
ringan; Ramai
berpenat lelah
tetapi merasai
nikmat
seorang
sahaja.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Asal untung sabut terapung; asal untung batu tenggelam
Kalau
bernasib
baik
selamat;
kalau
buruk
mudarat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Asal ayam pulang ke bumbung asal itik pulang ke pelimbahan
Tabiat
tidak
akan
berubah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tulang besi
Kuat;
keras
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kucing tidur di bangkai
Hidup senang
lenang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
1
2
3
4
5
[6]
7
8
9
10
[c] 2021 Petak Ajaib PLT