Bahasa Rakyat
Add
Panas setahun dihapuskan (oleh) hujan sehari
Kebaikan
yang
banyak
boleh
hilang
kerana kesalahan sedikit
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Keris (dan) pedang tiada tajam lebih tajam mulut manusia
Mulut manusia sangat
berpengaruh
dan
boleh
membinasakan
orang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ada hujan ada panas ada hari boleh balas
Setiap
perbuatan
akan
mendapat
balasan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Monyet dapat bunga (adakah ia tahu akan faedahnya bunga itu?)
Tidak
dapat
menghargai
barang-barang
yang
baik;
Orang
bodoh
ilmu
baik
tidak
berguna
kepadanya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Riak ikan di air sudah tahu jantan betinanya
Dapat meneka
apa
yang dirahsiakan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ada padi masak adalah pipit
1.
Orang
yang
baik budi
disayangi
orang. 2.
Di mana
ada rezeki
di situlah ramai
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Telah kesingok makan api
Perselisihan yang sangat
mendalam.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Baik jadi ayam betina supaya selamat
Usah kita menunjukkan
keberanian
dan
kesombongan
kerana hal
itu
kelak
akan
mendatangkan
mudarat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sudah dikata itulah kota
Sudah
berjanji
biarlah dilaksanakan
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sudah kering terjemur pula; sudah garing kena ramas pula
Sudah
susah
bertambah
susah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
1
2
3
4
5
[6]
7
8
9
10
[c] 2021 Petak Ajaib PLT