Bahasa Rakyat
Add
Pipit pekak makan berhujan
Orang
yang berani lagi
degil;
sangat rajin
dalam
sesuatu
pekerjaan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tepung di tangan pengadun
Lemah dan
tidak berdaya
melawan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti orang menuangkan secawan air tawar ke dalam laut
Memberi
pertolongan
kepada
orang
yang
sekali-kali
tidak
perlu ditolong.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Penjajap berpaling hendak hilir?
Perempuan keluar
berjalan
dari rumahnya dengan segaknya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Meskipun bertimbun dalam tanah namun teras membangun juga
Orang
yang
berbudi
walauun
melarat
tetapi tetap dikenang
juga;
Walaupun
kebenaran
belum
terang
kemudian
akan
terbit
juga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Gayung bersambut kata berjawab
Menangkis serangan
orang;
Menjawab
atau
melayani
perkataan
orang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Dijemba-jemba bak bersiang dihela surut bagai bertanam
Mengagak-agak dan mengatur-atur
sesuatu
pekerjaan
menurit patutnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Muncung penuh dengan air perut berisi batu
Umpama hakim tiada dapat
menyatakan
apa
yang
terasa
dalam
hatinya kerana telah
berhutang budi
atau
makan
suap.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Zaman beralih musim bertukar
Menyatakan
sesuatu
yang
berubah-ubah;
tidak
tetap.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti durian dengan mentimun menggolek binasa kena golek pun binasa
Orang
yang lemah akan rugi sendiri jika melawan
atau
menentang
orang
lebih berkuasa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
1
2
3
4
5
[6]
7
8
9
10
[c] 2021 Petak Ajaib PLT