Bahasa Rakyat
Add
Kalau digali tanah berbingkah tanah berderai yang akan bertemu
Kalau
sesuatu
perkara
atau
perselisihan keluarga
tidak
susah
dicari siapa
benar
betul
kerana akan
menyebabkan
lebih marah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sakit perut baru tahu di liang lantai
Sudah
mendapat
celaka
baru ingat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti dekan di bawah pangkal buluh
Pandai menyimpan rahsia
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ludah ke langit timpa (kena) batang hidung sendiri
Bercakap
perkara
yang
memalukan
diri sendiri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tidak biduk karam sepenggal (sebelah)
Dua
orang
yang
berkongsi
kalau
rugi sama-sama rugi;
Kalau
seseorang
mendapat nama
atau
nama
buruk tentu sedikit
sebanyak
kaum keluarganya
turut
pula
susah
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti kancah ditawar
Ternganga
dan
terdiam
(dalam
suatu
percakapan).
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sepanjang-panjang tali tidak sepanjang mulut manusia
Sekiranya
sesuatu
perbuatan
jahat
diketahui
orang
berita
itu
akan
tersebar
dimerata-rata.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seekor ular menyusup akar tak hilang bisanya juga
Tidak
jatuh
martabat
orang
yang mulia
jika merendahkan diri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Temuan janji
Jodoh.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya
Kalau
hendak
mengajar
anak
hendaklah
daripada
kecil
lagi kerana
apabila
besar
hatinya
keras
dan sukar diajar.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
45
46
47
48
49
[50]
51
52
53
54
[c] 2021 Petak Ajaib PLT