Bahasa Rakyat
Add
Baik berjagung-jagung dahulu sementara padi masak
Sementara
menantikan
pekerjaan
tetap yang lebih
baik
eloklah
membuat
kerja
lain
dahulu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seekor ayam tak berkokok hari tak siangkah?
Hanya
seorang
yang
tidak
bersetuju dengan
sesuatu
permuafakatan
masakan
itu
akan
menjadi
batal.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Rembun bakar berpuntung suluh curi samun tertetas dinding upas racun bersisa makan
Saksi
keterangan yang dikehendakkan
dalam
apa-apa
tuduhan
di
hadapan
mahkamah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Laut madu berpantaikan gula (sakar)
Pertemuan yang
amat
padan
antara
dua
orang
sama
elok;
Perkataan
dari
bijaksana
sedap didengar;
Bersesuaian
dalam
semua hal.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Punggur rebah (tumbang) belatuk menumpang mati
Jika kita bergaul dengan
orang
jahat
kelak
akan terlibat sama;
Kecelakaan
yang menimpa kerana
tempat bergantung
harap
itu
mendapat
kemalangan;
Orang
lain
berbuat salah
dituduh.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Campak bunga dibalas tahi
Kebaikkan dibalas dengan
kejahatan
;
Orang
yang
tidak
tahu
membalas budi
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pecah menanti sebab; retak menanti belah
Sekadar
menanti
kesempatan
untuk
membalas dendam.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Gajah mati tulang setimbun
Kalau
raja mangkat;
banyak
meninggalkan
harta.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai serdadu pulang baris
Orang
yang selalu
gaya
tetapi pekerjaannya
susah
dan
bahaya
disekelilingnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Rapat samudera (umum)
Rapat
untuk
orang ramai.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
45
46
47
48
49
[50]
51
52
53
54
[c] 2021 Petak Ajaib PLT