Bahasa Rakyat
Add
Manusia itu menjadi seteru akan barang yang jahil mereka itu
Orang
bodoh
akan menyalahkan
perkara
yang
tidak
diketahuinya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Gedang gerundang di kubangan gedang ikan raja di lautan
Tiap-tiap
orang
akan
mendapat
penghormatan
mengikut kawasan yang didudukinya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Yang segantang takkan jadi secupak.
Jika sudah ditakdirkan
seseorang
itu
rezekinya
sebanyak
itu;
bagaimana
kuat
sekalipun;
Jikalau
ajal
telah sampai;
tidak
dapat disambung lagi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Umpama jari di tangan ada bercincin ada tidak
Hukuman
atau
adat yang
tidak
dikenakan
sama rata
itu
kurang
adil.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai si Jimban hendak hilir
Orang
yang
lengah
atau
lembab.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai udang dalam tangguk
Orang
yang melompat-lompat kerana kesukaan; Mengeletek-geletek kesukaan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pipit jantan tidak bersarang
Anak
lelaki
tidak
perlu dibuatkan rumah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Harap hati memeluk gunung apa daya tangan tak sampai
Tidak berdaya
mencapai yang dicita-cita
atau
diharapkan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hendak ke mana gunung disesar hilang kabut nampaklah dia
Sesuatu
perkara
yang sudah tentu
ada
dalam
tangan kita
jangan
dibimbangkan
atau
bergopoh-gapah hendaklah
sabar
mengerjakannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sembelih ayam dengan pisau sembelih orang dengan kapas
Manusia hendaklah dilayan dengan
lemah lembut.
; Segala
pekerjaan
harus
dilakukan
cara
yang
sesuai
keadaan
masing-masing.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
45
46
47
48
49
[50]
51
52
53
54
[c] 2021 Petak Ajaib PLT