Bahasa Rakyat
Add
Umpama kain di dalam lipatan
Perempuan
jahat
yang
berbuat
perangai
dalam
senyap-senyap
tetapi kelihatan
baik.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hilang jasa beliung timbul jasa rimbas
Hilang jasa
seseorang
kerana
orang
lain.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti pasir di tepi pantai tatkala timpas air bolehlah dibahagikan
Tidak
boleh
menyatakan
kebenaran
kita kepada
orang besar
yang sedang marah
kecuali
ditunggu sehingga dia
kurang
marah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kerja beragak tak menjadi kerja beransur tak bertahan
Bila
hendak
membuat
sesuatu
kalau
dikira-kira susahnya
tidak
akan sudah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Rasa tak mengapa hidung dikeluani
Orang
yang
kurang fikir
atas
sesuatu
terjadi
pada dirinya akhirnya
mendapat
susah
juga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Diam-diam ubi berisi diam-diam penggali berkarat
Ada
yang diam melakukan kerja
ada
orang
tidak
membuat
apa-apa;
Diam
berakal
itu
memikirkan
sesuatu
berfaedah
tetapi
bodoh
sia-sia
sahaja
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sedap manis jangan ditelan kelat pahit jangan dimuntahkan
Sebarang
percakapan haruslah difikirkan dan ditimbang betul-betul
dahulu
sebelum
diterima
atau
ditolak.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sebagai cendawan dibasuh
Pucat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kemas bagai dinding di apit
orang
atau
benda
yang berada
dalam
keadaan kemas dan
teratur
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sementara menunggu (menanti) padi masak berjagung-jagung dahulu
Sementara menunggu
untung besar
eloklah
buat
pekerjaan
yang
kecil-kecilan
dahulu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
45
46
47
48
49
[50]
51
52
53
54
[c] 2021 Petak Ajaib PLT