Bahasa Rakyat
Add
Seperti kerbau menanduk anak dengan kaparan tanduk bukan dengan hujung
Ibu
yang memukul anaknya untuk memberi
pengajaran
dan
bukan
menyiksa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Siapa makan cabai (lada) dialah terasa pedas
Siapa yang
membuat
kesalahan dialah sendiri
menanggung
akibatnya.
; melakukan akan
terasa
bersalah
bila
orang
lain
menyindir
itu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jangan biarkan sampai naik ke mata
Jangan
membiarkan
sesuatu
itu
mendatangkan
bencana
kepada kita.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Melepaskan anjing yang tersepit sesudah lepas dia menggigit
Melakukan
sesuatu
yang
menyusahkan
diri sendiri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Umpama kecil merentap tiada memutuskan tali berantuk tiada melembangkan bumi
Orang
yang menunjukkan
kemarahan
tetapi
tidak
ada
siapa
mengendahkan
dan
memberi bekas
kepada
orang
lain.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Masakan emas mahu bercampur dengan tembaga
Orang mulia
tidak
mahu
berkawan
dengan
orang
hina.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Nak melangkah kaki pendek nak mencapai tangan tak sampai
Tidak berdaya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti membandarkan air ke bukit
Melakukan
sesuatu
yang
mustahil.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Peti yang berisi emas perak itu tiada dilelehkan orang
Pengetahuan yang sempurna
atau
orang
baik
itu
tidak
mudah didapati pada sepanjang
negeri
sahaja.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai dihiris dengan sembilu
Hati
yang
terlampau
pedih.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
44
45
46
47
48
[49]
50
51
52
53
[c] 2021 Petak Ajaib PLT