Bahasa Rakyat
Add
Belum lepas tali uri sudah hendak bangkit berlari.
Masih muda
tetapi
berlagak
dewasa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Terlajak perahu boleh diundur (terlajak kata (emas) buruk padahnya)
Janji
yang telah dibuat
tidak
boleh
ditarik
balik
dan kita sendiri akan menerima padahnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti daun kering di tiup angin di tengah padang
Orang
yang
melarat
tidak
ada
kaum keluarga
dan
sahabat
kenalan
dapat menolong dirinya
bila
dalam
kesusahan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Wang pecah
Wang kecil.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bak bujang setahun sudah bertetak; bak gadis setahun sudah memanjangkan gombak
Orang
yang
hina
mendapat
kekayaan
dan kemulian
menjadi
sombong
angkuh.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Makan sudah terhidang jamu belum jua datang
Gadis sudah
dewasa
tapi
belum
bersuami.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau getah meleleh kalau daun melayang
Lebih sayang pada
anak
sendiri dari
saudara.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Naik ke rumah bercuci kaki sahaja
Orang
yang berkahwin dengan
tidak
berbelanja
apa-apa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Semalap-malap puntung di dapur ditiup bernyala juga
Pekerjaan
yang di
buat
dengan
bersungguh-sungguh
itu
akhirnya akan sudah
juga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pada tatkala rebung tiada dipatah maka ketika sudah jadi aur apakah gunanya
Tabiat manusia
itu
hendaklah dilatih selagi dia
kecil
apabila
ia telah
besar
keraslah hatinya
tidak
dapat diajar lagi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
44
45
46
47
48
[49]
50
51
52
53
[c] 2021 Petak Ajaib PLT