Bahasa Rakyat
Add
Apakah guna bulan terang di hutan jikalau dalam negeri alangkah baiknya?
Tidak
ada
gunanya jika
kepandaian
itu
disembunyikan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Naik membilang anak tangga turun selangkah jejaklah ke bumi
Hendak
mendapat
harta
dan
nama
sukar; tetapi
hendak
kemiskinan
kehinaan
mudah
cepat;
Menunjukkan
kesombongan
seseorang
sebelum
jatuh melarat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tak bertepat janji tak berteban taruh tak tertangkap mengamang-ngamanglah (alah) di darat sahaja
Peperangan
atau
perkelahian
yang
tidak
mempunyai
tipu
daya akan kalah percuma
sahaja.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Padang tandas
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pandang sekali imbas
Pandang
dengan
tidak
mengambil tahu
atau
siasat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Berguru kepalang ajar bagai bunga kembang tidak jadi
Ilmu
yang sedikit
tidak
berfaedah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti menatang minyak yang penuh
Membuat
kerja dengan
berhati-hati
supaya
tidak
rosak
atau
rugi walau sedikit pun. ; Memelihara
anak
isteri
penuh
kasih sayang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tergalang-galang bagai sampah dalam mata
Sesuatu
musykil
atau
fikiran
yang terbuku
dalam hati
seseorang
tidak
dapat keputusannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Mana kerbau yang bencikan kubangnya
Orang
jahat
mana boleh
tinggalkan tempatnya melakukan
kejahatan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Dibenarkan duduk diserambi hendak bermaharaja lela ditengah rumah
Diberi sedikit
lalu
meminta
lebih
banyak
lagi
[
Malay Civilization
]
peribahasa
44
45
46
47
48
[49]
50
51
52
53
[c] 2021 Petak Ajaib PLT