Bahasa Rakyat
Add
Sayang garam sececah busuk (rosak) kerbau seekor
Kerana
takut
rugi sedikit akhirnya jadi
banyak.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tak pada saja (satu)
Tidak
jadi
apa-apa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kacau-balau bagai kuis ayam beranak
kekecohan
yang berlaku akibat
sesuatu
perbuatan
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lemak manis pada dialah pahit maung pada orang
Suka dipuji tetapi
tidak
suka dikritik;
Orang
yang
menganggap
semua
baik
itu
kepunyaan
dia dan
salah
orang
membuatnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai berludah ke langit
Melawan
orang
yang lebih berkuasa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ikan yang diam di dalam lautan yang besar-besar sekali pun termasuk juga ke dalam pukat
Walau
bagaimana
kuat dan pandai
orang
itu
ada
masanya terpedaya
atau
terkena
juga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Nampak gabak di hulu
Ada
tanda-tanda
sesuatu
akan
terjadi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Imam yang adil itu lebih baik dari pada hujan yang lebat; imam yang aniaya itu lebih jahat daripada petir sepanjang hari
Sekalipun
orang besar
itu
mulia
kalau
perbuatannya
jahat
martabatnya akan lebih rendah dari rakyat biasa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bandar terbuka dagangan murah badan sudah tua
Sudah
terlambat;
Bila
kekuatan sudah lemah baru
mendapat
pekerjaan
yang
baik.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tiap-tiap busuk (berbau juga) itu meruap
Pekerjaan
yang
jahat
itu
walau pun dilakukan
dalam
diam akan diketahui
orang
juga
lambat launnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
43
44
45
46
47
[48]
49
50
51
52
[c] 2021 Petak Ajaib PLT