Bahasa Rakyat
Add
Tidak lekang oleh panas tidak lapuk oleh hujan
Tidak
berubah-ubah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Terjerit-jerit bagai babi kena sembelih
Jeritan
orang
yang berada
dalam
ketakutan
amat
sangat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai api makan dalam dedak
Hal
orang
yang menyembunyikan perasaan dan niatnya
daripada
diketahui
oleh
lain.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tajam pisau kerana diasah
Sesuatu
kerja yang dianggap
mustahil
jika dicuba
juga
membuatnya dan dibuat beransur-ansur akan
berjaya
akhirnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Apa sakit berbini janda anak tiri boleh disuruh (sama dengan entri A1013)
Kahwin
dengan janda
banyak
untungnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Mutiara tidak dimuntahkan timbul oleh laut
Sesuatu
ilmu
yang
amat
berharga
itu
tidak
dapat dengan mudah
sahaja
melainkan
bersusah
payah menuntut
dahulu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ke dalam sumpit tidak muat ke dalam ambong longgar
Tidak
dapat
menyesuaikan
diri dengan keadaan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Akan surut airlah gedang akan lalu jalanlah semak
Serba salah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jangan membawa resmi jagung makin berisi makin tegak
Jangan
sombong
bila
makin
pandai.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tak ada gunung yang tinggi yang tak dapat didaki; tak ada lurah yang dalam yang tak dapat dituruni
Tidak
ada
usaha
yang
tidak
berhasil
asal
dikerjakan dengan
hati
tetap dan
kemahuan
keras.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
43
44
45
46
47
[48]
49
50
51
52
[c] 2021 Petak Ajaib PLT