Bahasa Rakyat
Add
Benarkan duduk diserambi hendak merajalela di tengah rumah
Orang
yang telah diberikan sedikit
hajat
kemudian
berkehendakkan
lebih.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ibarat gasing; berpaku tetap berpusing; tak berpaku merayau
orang
yang
ada
isteri akan tetap di rumah; manakala
tidak
beristeri mencari-cari
peluang
berjahat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sia-sia menyaring angin terasa ada dapat tiada
Sia-sia
mengerjakan
sesuatu
pekerjaan
yang
tidak
akan
mungkin.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pangkal tak berhujung kepala tak berekor
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti gunting makan di hujung
Orang
yang melakukan
sesuatu
secara
diam-diam.
;
bijaksana
mengeluarkan
perkataan
pedas tetapi
tidak
terasa
oleh
orang
lain.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti kera dengan monyet
Serupa
sahaja.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hilang rona kerana penyakit hilang bangsa tidak berwang
Orang
berpenyakit
hilang
cahaya muka.
; yang
tidak
berwang rendah pandangan
orang
padanya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti anjing buruk kepala
Orang
yang daif dan
miskin
dipandang
hina
oleh
masyarakat
walau di mana
jua
mereka
berada.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tidak mengenang (diingat) pasang surut
Orang
yang
tidak
mengingatkan
kesusahan
di
hari kemudian.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau dicampak bunga tak akan dibalas dengan tahi
Budi yang
baik
tak kan dibalas
jahat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
43
44
45
46
47
[48]
49
50
51
52
[c] 2021 Petak Ajaib PLT