Bahasa Rakyat
Add
Makan gambar
Orang
yang
kurang
cantik rupa parasnya tetapi
setelah
digambar gambarnya cantik.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pipih boleh dilayangan bulat boleh digulingkan
Sudah
sepakat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hari guruh takkan hujan
Orang
yang marah-marah
biasanya
tidak
memukul.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sedangkan tidak hujan becak inikan pula hujan
Tidak
bersalah lagi dituduh
apa
kalau
bersalah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hilang ikan dalam kerabu
Kalau
semua
jahat
yang jadi
betul.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ada batang mati adalah cendawan tumbuh
Tiap-tiap kampung
atau
negeri
ada
adat resamnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Enggan seribu daya; mahu sepatah kata
Apabila
seseorang
itu
memang
tidak
sukakan
sesuatu;
biasanya
banyaklah
helah
dan dalihnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Upah penat
Sagu hati.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sedap manis jangan ditelan kelat pahit jangan dimuntahkan
Sebarang
percakapan haruslah difikirkan dan ditimbang betul-betul
dahulu
sebelum
diterima
atau
ditolak.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Niat hati hendak pancing ikan tapi tidak mahu membuang umpan
Orang
yang
mahu
untung
sahaja
tetapi
tidak
rugi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
43
44
45
46
47
[48]
49
50
51
52
[c] 2021 Petak Ajaib PLT