Bahasa Rakyat
Add
Ayam bertelur di atas padi mati kelaparan
1.
Orang
yang
bersuamikan
atau
beristerikan
orang
kaya
tetapi
melarat
hidupnya. 2.
susah
di
negeri
kaya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Berapa tajam mata pedang tajam lagi mata pena
Pengaruh
tulisan
lebih
besar
dari
pengaruh
kuasa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Arang habis besi tak kimpal
Kerja yang sia-sia.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Samir tak habis kajang pula (bayar tak habis hutang pula)
Hutang
yang lama
belum
lunas baru di
buat
lagi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bak pinang dianduh putus tali dia berdiri.
Seseorang
yang melakukan perkerjaan kerana dipaksa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Siapa berketak (berkotek) itu (siapa) bertelur
Siapa yang bersalah dialah
menanggung
sakit dan
susah
kerana kesalahannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pasangan sudah terletak di atas kodok
Terpaksa
lakukan
juga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kucing melompat orang terkejut daripada tidurnya ayam berkokok hari pun siang
Kesusahan
atau
kesukaan
orang
lain
kita
mengambil
banyak
fikiran
dan
bersusah
pula.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lalang yang (tersiar) terbakar secerek (si carik) menumpang mati
Mendapat kecelakaan
kerana kesalahan
orang
lain;
Orang
yang
terbelit
dalam
kesusahan
lain
padahal
dia
tidak
berdosa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti bulan kesiangan hari
Muka yang terlalu pucat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
42
43
44
45
46
[47]
48
49
50
51
[c] 2021 Petak Ajaib PLT