Bahasa Rakyat
Add
Baik mati dengan nama yang baik jangan mati dengan nama yang jahat
Biarlah mati
asal
jangan
mendapat malu;
Baik
daripada
hidup
dengan
nama
yang
keji
atau
melakukan kerja
jahat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Macam orang kebulur
Hendak
makan
sahaja.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jangan dilepaskan tangan kanan sebelum tangan kiri berpegang
Jangan
dibuang kerja yang
ada
sebelum
dapat baru.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Arang di dahi
Mendapat malu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seorang kaya yang tamak itu seumpama lautan yang merasa dahaga pula
Orang
kaya
yang tamak selalu berasa dirinya
miskin.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Merajuk bukan kepada yang kasih (sayang)
Tidak kena
pada tempatnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lain dulang lain kaki (isinya) lain orang lain hati
Tiap-tiap manusia
itu
adalah
masing-masing
dengan
kehendak
hatinya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Apabila orang miskin menghendaki wang dia mendapat anak: apabila orang kaya menghendaki anak dia mendapat wang
1. Manusia
berusaha
tetapi
hanya
Tuhan yang menentukan
segala-galanya.
2.
Apa
diperolehi
lain
dari diingini.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Campur dengan orang pemaling sekurang-kurangnya jadi pencecak
Berkawan
dengan
orang
jahat
akan jadi
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti kacang direndang
Orang
yang sangat
gembira
sehingga melompat-lompat; Bunyi
letupan
peluru
banyak
[
Malay Civilization
]
peribahasa
42
43
44
45
46
[47]
48
49
50
51
[c] 2021 Petak Ajaib PLT