Bahasa Rakyat
Add
Inai dengan kuku
Tidak
pernah bercerai.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Orang yang berpuru itu gatal tubuhnya nescaya menggaru juga kerjanya
Perbuatan
yang
jahat
itu
kelak
akan diketahui
orang
juga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Beraja di hati bersultan di mata
1.
Berbuat
sesuatu
menurut
kehendak
dan
hati
sendiri. 2.
Kejam.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pancing berbedak sahaja
Miskin
tapi pandai
berlagak
hingga
disangka
kaya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kasih bapak menambah harta yang ada kasih anak sama rata kasih sahabat sama binasa
Perbezaan
antara
kasih
bapa
anak
dan
sahabat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jika yang baik terbuat bersilang cerana datang jika yang buruk terbuat bersilang telunjuk di bibir
Perbuatan
baik
dapat
pujian
di mana-mana
perbuatan
buruk
celaan
kiri
kanan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jangan didengar murai bercerita
Jangan
mendengar
hasutan
orang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Adat periuk berkerak adat lesung berdedak
Jika
berkehendakkan
sesuatu
hendaklah
berusaha.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Dahulukan yang dahulu merasai garam
Orang-orang
muda
yang mengetahui tertib
kehormatan
sentiasa
mengutamakan dan
mendahulukan
orang-orang tua
dalam
sesuatu
pekerjaan
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Semalam di bawah nyiur pinang orang kata orang diturut
Patuhi adat
tempat
di mana kita
menumpang
[
Malay Civilization
]
peribahasa
42
43
44
45
46
[47]
48
49
50
51
[c] 2021 Petak Ajaib PLT