Bahasa Rakyat
Add
Arang habis besi tak kimpal
Kerja yang sia-sia.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Rindu jadi batasnya maka manis tak jadi cuka
Kalau
terlalu
mesra
boleh
menimbulkan
dendam kesumat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jika secawan air tawar dibuangkan ke laut bolehkah air laut itu menjadi tawar?
Bolehkah
nasihat
atau
pertolongan
yang sedikit
itu
menghilangkan
kejahatan
banyak
dan mengkayakan
orang
miskin?.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau takut dilimbur pasang jangan berumah di tepi pantai (laut)
Kalau
tak suka didatangi
tetamu
jangan
tinggal di
tempat
yang ramai;
takut
susah
melakukan
sesuatu
pekerjaan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tampak ijuk tak bersagar lurah tidak berbatu
Orang
yang sebatang kara dan diperlakukan sewenang-wenangnya
oleh
orang
lain.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai kerakap atas batu hidup segan mati tidak mahu (hidup enggan mati tak mahu)
Orang
yang
sentiasa
hidup
dalam
kesusahan
atau
kesakitan
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sorong sentap rupa udang di dalam buluh
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tak terpagut dek ayam tak tersudu (dek) diitik
Orang
yang
hina
dalam
masyarakat
bangsanya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Umpama buah kepayang di makan mabuk dibuang sayang
Keadaan yang
serba salah;
Perempuan cantik berperangai
jahat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Oleh kecek lemak hilang ribu dengan ratus
Suka berbual
banyak
rugi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
42
43
44
45
46
[47]
48
49
50
51
[c] 2021 Petak Ajaib PLT