Bahasa Rakyat
Add
Api padam puntung hanyut kami tidak di situ lagi
1. Cerita yang sudah
tamat.
2.
Perkara
putus.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hilang ikan dalam kerabu hilang kilat dalam kilau
Kalau
sudah
menjadi
kebiasaan
tidak
ada
bezanya lagi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Mulut tabuh dapat disumbat mulut orang bagaimana menyumbatnya
Jika
suatu
rahsia diketahui
orang
nescaya
akan
tersiar
khabarnya
kerana mulut
tidak
dapat ditutup.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bak rasa di liang lahat
Orang
yang terlalu
susah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Makan berkuah air mata
Selalu
menderita
kesusahan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau tiada padi sebarang kerja tak menjadi
Orang
yang
miskin
dan lemah
itu
usah
banyak
berkehendak
jika
tidak
ada
daya terimalah
nasib.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau tidak bermeriam baiklah diam
Kalau
tidak
ada
upaya
baik
terima
saja.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Masam bagai nikah tak suka
Berdukacita kerana diperlakukan dengan
tidak
mengikut
kehendak
hati;
Sesuatu
yang suka di
buat
tetapi
terpaksa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tidak mati oleh Belanda
Orang
yang
benar-benar
kaya
tidak
akan
jatuh
miskin
sekalipun
dia
dalam
kerugian.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hitam mata itu di manakan boleh cerai dengan putihnya?
Dua
orang
yang berkasihan
itu
tidak
dapat dipisahkan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
41
42
43
44
45
[46]
47
48
49
50
[c] 2021 Petak Ajaib PLT