Bahasa Rakyat
Add
Lah sesak alam tempat diam tidak berbumi tempat tegak
Seseorang
ditimpa malu
amat
besar
sehingga
rasa
tidak
dapat menyembunyikan dirinya lagi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sabung selepas hari petang (tak dapat menuntut balas lagi)
Kalau
untung
usaha
yang
akhir
itu
berhasillah dengan
baik
kalau
tidak
apa boleh buat.
;
Untung-untungan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Masa lagi rebunglah hendak dilentur jangan dinantikan sampai menjadi aur
Mendidik
anak
biar
semasa
masih kacil.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicicap (cicah)
Menyatakan
kerukunan. ;
Sanggup
sama-sama
menanggung
susah
senang. ;
Menunjukkan
perbuatan
yang dilakukan secara
bermuafakat
tidak kira
sama
ada
itu
besar
atau
kecil.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Cium tapak kaki tangan; berbaukah tidak?
Lihat
diri sendiri terlebih
dahulu
sebelum
mencela
orang
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tuhan itu dekat tak tercapai jauh tak berantara dengan kita
Begitu
dekatnya tuhan dengan kita
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tidak tahu menari dikatakan tanah tinggi rendah
Tidak
tahu
menjalankan
pekerjaan
peralatannya dipersalahkan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau menyeberang sungai biarlah ditelan oleh buaya tetapi janganlah dipagut oleh ikan kecil
Jika kita tersalah biarlah dihukum
oleh
raja
atau
ditegur
orang
berilmu
jangan
dianiaya kecil-kecil.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Adakah hilang bisa ular menyusur di bawah akar
Tidak
jatuh
martabat
orang
yang mulia
jika merendahkan diri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tidak resan kunyit resan serai
Tidak
ada
perhubungan
keluarga
antara
dua
orang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
41
42
43
44
45
[46]
47
48
49
50
[c] 2021 Petak Ajaib PLT